Tuesday, February 24, 2009

Lagi Tentang LRT

Teruja dengan blog LEO, aku nak cuba mengarang dalam Bahasa Melayu. Pada aku, Bahasa ni lebih memberangsangkan jika dapat diekspresikan secara spontan; ie. seperti percakapan kita setiap hari. Cerita hari ini berkenaan dengan perjalanan seharian aku balik ke rumah. Cuma semalam terpaksa ambik LRT atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.


Sekarang kerja kurang jadi 530pm aku pun menapak ke stesen LRT di sebelah tempat kerja dan berpusu-pusulah orang yang balik pada waktu yang sama. Hari hujan semalam tapi tak berapa lebat, mungkin sebab itu juga LRT pun penuh sesak. Terpaksa lepas kan 3 gerabak baru dapat menyelit masuk. Mak oii.......semerbak nya bau. Segala macam bau - peluh, wangi, ketiak bergelumang dalam tempat yang sempit.


Mengeluh sekejap aku pun cuba lah alih kan muka dari ketiak penumpang ni. Agaknya dia letih kerja buruh seharian kot. Terkemut-kemut sekejap, kembang kuncup hidung aku. Masa-masa cam ni lah, aku berterima kasih sangat pada orang yang menumpangkan aku kereta nya setiap hari.


Setengah perjalanan berlalu, naik lah pompuan sorang ni, kecik je orang nya. Penumpang LRT pun dah tak berapa sesak jadi masing-masing pun nampak lega sikit. Baru aku perasan kalau naik LRT ni tak de handphone atau radio dan perkara-perkara yang sewaktu dengan nya memang melopong je lah menunggu saat tiba. Berbalik pada cerita tadi, dalam pada aku mengelamun di petang hari, aku tersentak dengan perangai pompuan kecik tadi. Selamba-land je dia ngorek hidung!!!!! Amboi-amboi tanpa segan silu...........yang heran nya dia langsung tak cuba nak menutup sikit pun perangai yang tak serupa orang tu. Lagi laju LRT, lagi laju nampak jari manis dia menusuk lebih dalam lagi. Aku dah tak tahan menyeringai, sikit lagi nak terbahak. Aku pusing nengok kot-kot le orang lain perasan...........memang ya pun!!! Tapi semuanya sebok nak cuba tak ketawa.


Aku ingat ok lah, mungkin pompuan ni ada sikit kekurangan agaknya. Sebaik je habis ingatan tu di kepala, dia buat lagi sesuatu yang aku rasa mual sampai rasa nak terkeluar makan tengahari tadi. Dia masukkan jari yang mengorek hidung tadi ke mulutnya dan hisap. Aduh.......tak larat aku nak tengok lagi. Aku turun LRT terus..................
Terkemam aku sekejap kat stesen LRT tu. Baru nak tunggu gerabak lain tiba, kawan ku panggil dan aku turun bila katanya dia ada berdekatan dengan stesen. Lega nya rasa hati. Aku pun balik lah dalam keadaan selesa dalam kerata Satria nya. Sepanjang perjalanan aku tersengih cam kerang busuk teringat kan bab petang tadi. Terasa betapa aku hargai pertolongannya dan syukur kerana aku diberi akal yang masih waras. Ameeeeeeeeeen.

4 comments:

zuL said...

Seriously, I feel numbed, perplexed pun ada -- reading this entry. This is not you. Stick to English lah, easier that way. Some parts of your writing are so relaxed (which is cool), while some are "knottedly tensed". It happens to me. Macam I am struggling with words, trying hard to fight for that A1 in BM, hahaha. But, just whatever is best in express ourselves kan! English ke, BM ke, Urdhu ke, Ibo ke, Yoruba ke... hehehehe

LUKE said...

yucks.. gila lah org tu. yucksssssssssssss

LUKE said...

did you said Yoruba?

jeng jeng jeng..


muakakaka

my0place said...

LEO - I hear you loud and clear! Tapi nak jugak write in BM because its fun!!

Teddy Bear - that's my weird daily life here. Walaupun tak sehebat di Brussels. Hahahaha.